Naza Kia, pemasang dan pengedar sah Kia Motor dari Korea Selatan di negara ini telah melancarkan varian coupe untuk model Forte yang dinamakan Forte Koup. Berkongsi platform dan rekaan styling dengan Forte Sedan, versi 2 pintu ini nampak lebih sporty untuk mereka yang meminati keunikan dan style. Model Forte Koup ini dipacu oleh enjin Theta II 4 silinder 2.0 liter dengan CVVT yang menghasilkan kuasa kuasa sebanyak 156ps pada 6200rpm dan 194Nm tork pada 4300rpm dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.
Interiornya pula berkongsi dengan model sedan namun ianya mendapat dashboard dwi warna iaitu merah untuk menambah ciri-ciri sporty dan prestasi model Koup ini. Antara ciri-ciri lain ialah kerusi semi bucket dibalut kulit, pendingin udara automatik, sunroof, paddle shifter, butang engine start stop dan banyak lagi. Model ini dipasarkan pada harga RM115,800 dengan insuran atas jalan.
Serentak dengan pelancaran Forte Koup, Forte sedan juga mendapat penambahbaikan dari segi powertrain dan penambahan aksesori. Forte sedan kini juga dengan kotak gear automatik 6 kelajuan shiftronic dengan paddle shifter (paddle shifter ditawarkan dari model SX sahaja).
Forte kini dilengkapi dengan teknologi termaju dalam industri automotif dengan pengenalan kotak gear 6 kelajuan. Ianya bakal memberi lebih keselesaan ketika meluncur di lebuh raya dan juga menjanjikan penjimatan minyak kerana enjin bekerja pada tahap lebih rendah pada halaju tinggi. Dengan aksesori yang begitu banyak dan tiada pada model saingan terutamanya keluaran syarikat Jepun, Forte sememangnya paling berbaloi pada harga yang ditawarkan. Model Forte 6 kelajuan ini ditawarkan pada harga atas jalan RM78,800 untuk model 1.6 EX, RM85,800 untuk model 1.6 SX, dan RM97,800 untuk model 2.0 SX.
Sumber: paultan & nazakia