Penganjur pameran Japan Automotive Engineering Exposition(AEE) di Yokohama dilaporkan Bernama bahawa mereka berharap Proton dapat mempamerkan model konsep hibrid iaitu Proton EMAS di Malaysian Auto Industry Exhibition yang akan diadakan pada masa yang sama. Pameran AEE ini dijangka menarik 70 ribu pengunjung termasuklah pegawai atasan syarikat automotif ternama dan juga peminat bidang automotif.
Ini adalah peluang kepada Proton untuk mempamerkan teknologi hibrid range extender mereka di negara kuasa besar automotif itu seterusnya dapat membuktikan yang industri automotif Malaysia juga kompetitif terutamanya dari segi pembuatan komponen.
Peminat automotif Jepun meneliti Proton Exora pada AEE lepas