Seorang ahli Parlimen telah mengusulkan satu badan baru yang bertujuan untuk memantau pemandu yang baru menerima lesen untuk jangkamasa tertentu supaya mereka benar-benar berkelayakan untuk memandu. Sumber dari star motoring berkata, ahli parlimen Kinabatangan iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin berkata badan tersebut boleh membantu mengurangkan kemalangan maut disebabkan kemalangan jalanraya yang sekarang ini begitu membimbangkan. Beliau berkata, pemandu baru tidak dipantau jadi mereka berlagak seperti ‘champion’ di Jalan raya.
Komen admin: Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya di negara kita bukan sahaja sikap pemandu. Keadaan jalanraya juga merupakan penyumbang terbesar. Jalan yang berlopak tidak dibaiki, jika dibaiki pun tidak sama paras atau bump, baru dibaiki sudah rosak ataupun langsung tidak dibaiki sampai pilihanraya umum atau bila ADUN meninggal dunia. Jalan begini boleh merosakkan kenderaan dan pemandu biasanya mengelak lubang atau bump dan boleh memasuki lorong bertentangan arah seterusnya mengakibatkan bahaya kepada pemandu dari arah bertentangan.