Hari ini merupakan hari kedua akhir untuk kita membayar saman dengan diskaun 50%. Tempoh tamat pembayaran saman dengan diskaun sebenarnya telahpun tamat pada 28 haribulan Februari lalu namun kerajaan melanjutkan lagi sehingga 10 haribulan Mac. Termasuklah admin juga ada mempunyai saman ekor untuk kesalahan halaju pada tahun 2007 yang belum diselesaikan. Admin rasa berbaloi untuk diselesaikan sekarang untuk mengelakkan disenarai hitam oleh pihak polis menyebabkan sukar untuk admin memperbaharui cukai jalan nanti.
Menurut sumber PDRM, hanya 4% dari sejumlah 18juta saman dijelaskan setakat ini manakala bakinya masih lagi tidak dijelaskan. Wah, masih ramai lagi tidak menjelaskan saman hehe. Sebahagian besarnya ialah saman ekor di mana pemilik kereta kurang pasti benarkah pada waktu itu mereka memandu pada kelajuan melebihi had ataupun tidak. Satu lagi masalah ialah surat saman ekor mungkin tidak sampai ke pemilik kenderaan kerana alamat dalam sistem tidak diperbaharui menyebabkan pemilik berasa tiada pemberitahuan tetapi ada saman. Apa pun pesanan dari sembang-auto.com patuhilah pertaturan jalan raya untuk keselamatan dan manfaat kita bersama.