Volkswagen Passat dan Polo Sedan atau Vento telah dijumpai oleh pembaca blog paultan. Volkswagen yang akan memasang 3 model bermula hujung tahun ini di kilang automotif DRB HICOM di Pekan, Pahang Darul Makmur. Volkswagen juga mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pengilangan model pemanduan sebelah kanan untuk pasaran eksport di Asia Pasifik. Model Polo Sedan atau Vento juga boleh dikatakan model yang akan dipasang di Pekan nanti. Vento yang menggunakan enjin 1.6liter dan kotak gear 4 kelajuan di sesetengah pasaran bakal menjadi saingan kepada model Vios dan City. Sila teruskan bacaan untuk galeri spy shots Volkswagen Passat dan Vento ini.