GM telah memanggil semula 2100 unit model Chevrolet Cruze atas masalah stereng. Ia adalah berikut satu kes di mana stereng tercabut dari stereng kolum. Ia kemungkinan disebabkan roda stereng yang tidak diikat kemas. Setelah siasatan dibuat, hanya 2100 unit sahaja yang difikirkan terlibat dan mereka mengarahkan penarikbalikan serta merta. Sehingga kini punca kejadian belum dikenalpasti. Chevrolet Cruze di negara kita pada asasnya tidak terlibat kerana pemanduan sebelah kanan namun pemilik Cruze perlulah melaporkan jika ada tanda-tanda masalah berkenaan.