Kerajaan akan meneruskan pengecualian duti untuk kereta hibrid bagi setahun lagi sehingga penghujung 2012 bagi memberi masa kepada pengeluar kereta hibrid untuk menyiapkan fasiliti pemasangan model tersebut di negara ini. Menurut menteri Miti iaitu Dato Mukhriz, pengeluar perlu memasang kereta hibrid jika masih mahu mengekalkan harga tanpa duti pada ketika ini atau terpaksa menaikkan harga seperti sebelumnya. Pelbagai insentif juga akan diberi kerajaan jika mereka memasang kereta tersebut di negara ini dan sudah tentu harganya akan menjadi lebih murah lagi.
Komen admin: Pemasangan tempatan dalam masa setahun? memang agaknya tidak fikir secara rasional agaknya menteri tersebut. Thailand yang lebih maju pun belum lagi memasang Prius (dalam perancangan) apatah lagi Malaysia. Perlu diingat teknologi pemasangan hibrid memerlukan belanja yang cukup besar dan sebab itu ianya masih dipasang di Jepun. So kita tunggu je lah harga naik balik tahun 2013 nanti.
Sumber: bernama auto