Proton Motorsports diberitakan oleh Eurosports mahu menambah sebuah lagi kereta untuk kejohanan rali antara benua atau IRC. Ini berikutan Proton baru sahaja menerima penyertaan pemandu baru mereka iaitu encik Giandomenico Basso, bekas pemandu Fiat Abarth (gambar). Basso akan menyertai PG Anderson bermula rali IRC pusingan kedua nanti. Beliau yang sudah menguji Satria Neo S2000 berkata kereta itu amat mantap dan mudah dipandu. Ini merupakan peluang terbaik Proton untuk menjadi juara keseluruhan rali IRC seterusnya melayakkan untuk bertanding di WRC.