Proton Motorsports telah menghasilkan Satria Neo R3 versi Lotus Renault GP sempena lawatan pasukan itu ke kilang Proton. Kali ini Satria Neo R3 didatangkan dengan sistem supercharged dari syarikat yang berpangkalan di Australia iaitu Sprintex. Satria Neo R3 ini mempunyai kuasa sebanyak 180hp dan 200Nm tork menjadikannya model Neo terhebat sehinga kini.
Satria Neo ini sebenarnya bukan versi jualan jadi peminat perlulah menunggu sehingga kereta ini dijual secara rasmi. Masih banyak diperlukan untuk menguji ketahanan enjin Campro dengan supercharge. Walaupun enjin ini ada sistem supercharge. ini tidak bermakna pemilik campro standard boleh sesuka hati menambah supercharge kepada enjin mereka kerana sistem yang perlu menggunakan komponen yang sudah diubahsuai untuk menampung kuasa yang dijananya.
Gambar: paultan