Menurut portal berita Malaysiakini, kerajaan akan menaikkan harga pasaran petrol gred RON97 bermula tengah malam ini (5/5/2011) sebanyak 20sen lagi kepada RM2.90, kenaikan kali ketujuh dan harga tertinggi dalam sejarah. Kenaikan ini tidak melibatkan gred RON95 yang digunakan majoriti pemilik kenderaan. Walaubagaimanapun pemilik kenderaan bersesaran enjin besar bakal terjejas dengan kenaikan ini.
Kenaikan ini pasti membebankan pengguna dan juga bakal menaikkan harga barangan secara tidak langsung meningkatkan kadar inflasi. Pengguna yang sudah dibebankan dengan harga kereta yang mahal ditambah lagi dengan kenaikan bahan bakar dan barang-barang lain pasti merasa lebih terbeban.
Jika admin diberi peluang, admin akan memilih option harga kereta murah dan petrol mahal seperti di negara jiran. Contohnya Thailand, harga sebuah Toyota Vios adalah dari RM50k berbanding RM70k di negara kita. Walaupun terpaksa membayar minyak yang mahal, mereka masih lagi mempunyai peluang untuk merancang perjalanan disamping mendapat faedah dari lebihan tunai boleh guna kerana bayaran bulanan kereta yang rendah. Kerajaan perlu memikirkan hal ini jika mahu terus relevan. Jika tidak, satu hari nanti minyak akan sama mahal dengan negara jiran ditambah lagi dengan harga kereta antara yang paling mahal di dunia.