Honda Malaysia telah melancarkan model kompak Jazz facelift di pasaran negara kita. Model yang dikeluarkan oleh kilang mereka di Indonesia ini mendapat perubahan dari segi luaran dan dalaman. Dari segi luaran, bumper depan dan belakang direka semula bersama gril untuk kelihatan lebih agresif. Lampu headlamp juga mempunyai kemasan berwarna perak.
Untuk bahagian dalaman pula, satu kemasan warna biru dan hitam pada kerusi tempat duduk dan panel pintu dibuat, dengan speedometer dan paparan audio berwarna kuning cahaya.
Aksesori lain termasuk kunci butang dalaman pintu, meter penunjuk minyak dan juga meter penyaman udara untuk lebih mudah pengawalan serta pengemudian.
Honda Jazz 2011 ini masih lagi mengunakan enjin 1.5 Liter i-VTEC 120 PS L15A yang sama, dimuatkan dengan transmisi 5 kelajuan. Harga jualannya juga sama iaitu RM109,800 atas jalan termasuk insuran, boleh didapati dengan warna Brilliant Orange Metallic, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl, dan Brilliant White Pearl.