Nissan Grand Livina Facelift telah dilancarkan di Indonesia. Facelift kali ini membawa perubahan dari segi luaran dan juga dalaman. Paling ketara ialah perubahan warna trim dari cerah (kurang sesuai dengan iklim ASEAN) kepada warna gelap. Speedo meternya juga ditambah background putih untuk nampak lebih sporty. Dari segi luarannya pula ialah lampu headlamp dengan reflektor baru, sport rim rekaan baru, side repeater pada wing mirror (tak pasti ianya auto retractable atau tidak), door protector moulding dengan kemasan chrome serta rekaan gril baru. Di Indonesia, Grand Livina ditawarkan dengan 2 varian enjin iaitu 1.5liter dan 1.8liter. Juga terdapat Grand Livina edisi X-Gear di mana ianya lebih pendek sedikit dari model MPV. Harga Grand Livina di Indonesia adalah dari RM59536 hingga maksimum RM82894 yang mana jauh lebih murah dari harganya di Malaysia. Teruskan bacaan untuk galeri Grand Livina Facelift.