Opel mendedahkan model gantian Zafira atau lebih dikenali sebagai Chevrolet Nabira di negara kita. Model ini dipanggil Zafira Tourer didedahkan oleh Opel sebelum ia membuat kemunculan perdana dunia pada pameran motor Frankfurt yang akan diadakan tidak lama lagi. Opel adalah anak syarikat General Motors yang berpangkalan di Eropah.
Model Zafira atau Nabira generasi pertama dilancarkan pada tahun 1999 telah disalin oleh pelbagai jenama dibawah General Motors seperti Opel, Chevrolet, Vauxhall, Holden dan juga Subaru. Ia menggunakan enjin dari range 1.6liter hingga 2.2liter. Di Malaysia ia menggunakan enjin 1.8liter dan pernah popular suatu masa dahulu. Namun admin rasa generasi kedua Zafira atau Nabira tidak dijual di negara kita atas sebab yang admin tidak pasti.
Kini generasi ketiga tampil dengan rekaan lebih menarik dan bold untuk bersaing dengan rekaan-rekaan MPV dari Eropah yang lain seperti Volkswagen Touran, Peugeot 5008, Citroen Picasso dan Renault Espace. Masih terawal untuk dikatakan rekaan berbanding MPV Jepun seperti Toyota Wish, Nissan Lafesta atau Honda Stream namun admin dapat katakan ianya unik dan moden.
Rekaan interiornya memang mirip generasi terkini model-model Chevrolet seperti Cruze. Ruang dalamannya juga nampak luas terima kasih kepada konsep high roof yang digunapakai. Corner glass juga besar bagi mengurangkan titik buta ketika membelok. Chevrolet dijangka membawa masuk model ini melalui usahama dengan kumpulan Naza namun bila tarikhnya belum dapat dipastikan.