Menurut sumber star-motoring, penjual kereta terpakai bakal menghadapi masalah apabila pindaan akta mengenai sewa beli berkuatkuasa bulan depan. Dalam pindaan itu, pengusaha kereta terpakai perlulah memulangkan 90% daripada duit tempahan 1% jika pembeli tidak jadi membeli kereta tersebut. Ini menimbulkan kesan tidak adil dan juga boleh memperlahankan lagi industri kereta terpakai di negara kita. Ketidakadilan berlaku apabila penjual yang bertungkus lumus mendapatkan kelulusan pinjaman bagi pihak bakal pembeli berasa tidak dihargai dan terpaksa menanggung kos pula apabila bakal pembeli tidak jadi untuk membeli kereta tersebut.