Proton Exora Turbo ditemui oleh forummer cari.com.my sedang diuji bersama Saga FL phase 2. Seperti yang kita tahu sebelum ini, Exora turbo bakal menggunakan enjin Campro CFE 1.6liter Turbocharged dengan VVT dipadankan dengan kotak gear CVT menghasilkan kuasa 138hp dan 205 Tork tetapi apa pula yang akan digunakan oleh Saga FL phase 2 ini?
Namun kini semuanya terjawab dengan spy shots di atas yang Saga FL phase 2 akan menggunakan enjin IAFM dengan kotak gear dipertingkat iaitu CVT. Ini bermakna Saga akan mengekalkan spesifikasi power outputnya dan dengan menggunakan CVT pasti ianya lebih menjimatkan minyak. Penggunaan enjin IAFM juga dilihat untuk penjimatan kos bagi pihak Proton supaya Saga kekal kereta paling mampu milik di Malaysia.
Satu perkembangan yang baik dari Proton dengan pengenalan enjin turbo dan kotak gear CVT kerana kombinasi ini amat menjimatkan minyak walaupun kos selenggaraannya agak tinggi Namun dengan harga minyak yang semakin meningkat hari ke hari, pasti memilikinya adalah berbaloi. Teruskan bacaan untuk lagi gambar spy shots Exora turbo dan Saga FL phase 2.