Menurut laporan Star-motoring, Perodua Myvi baru boleh ditempah mulai 4 Jun ini. Booking fees adalah RM400 kata pengarah urusannya iaitu Dato’ Aminar Rashid. Ianya akan dilancarkan oleh Perdana Menteri iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 16 Jun ini di PWTC.
Myvi baru ini menawarkan penjimatan minyak dengan ciri keselamatan yang baik membuatkannya satu pembelian yang lebih nilai. Bakal ditawarkan dengan 6 warna pilihan dengan mistycal purple bakal menjadi warna pilihan. Perodua menyasarkan jualan sebanyak 8500 unit sebulan untuk model Myvi ini. Untuk post yang lalu mengenai info dan gambar mengenai bahagian luaran dan dalaman model Myvi baru ini, sila klik link dibawah.