Volkswagen AG telah melancarkan model Golf Edisi 35 tahun untuk memperingati kemunculan model Golf sejak 35 tahun lepas. Dengan kemasan baru dan enjin popular TSi yang menjana 232hp, model ini nampak cukup hebat dan berkuasa. Sejak pelancarannya 35 tahun lepas, model Golf tidak mengecewakan peminat kereta di seluruh dunia.
Rekaan Golf sebenarnya mudah atau simple namun ianya menarik. Apa yang penting, walaupun ianya hanya 2 pintu, namun ruang masih luas. Inilah yang paling penting dalam merekacipta sesebuah kereta iaitu tidak mengabaikan ergonomik walaupun ianya sebuah kereta berkuasa tinggi.
Rekaan dalamannya memang simple tetapi bercirikan ergonomik dengan kedudukan stereng dan instrumen panel yang tinggi memberi pemanduan yang selesa. Bagi pendapat admin, inilah rekaan yang perlu di’benchmark’ oleh designer-designer Proton untuk model-model terbaru mereka.