Berita baik untuk pengguna dan mereka yang mahu bertukar kepada NGV kerana menurut berita yang dilaporkan star-motoring, 200 stesen NGV akan dibuka di seluruh negara oleh Malaysian NGV Sdn. Bhd, syarikat yang memegang permit untuk stesen NGV tersebut dibawah program 1Gas Tenaga Bersih Untuk Semua.
Di bawah konsep 1Gas Station juga mereka yang berminat untuk membuka stesen gas di lokasi strategik dengan keluasan 33000 kaki persegi. Untuk tuan tanah yang mahu menambil peluang ini, dijangkakan akan memperoleh pendapat dari RM30,000 hingga Rm50,000 sebulan. Wah banyak juga untung tu. Kalaulah admin ada tanah di bandar besar, dah tentu admin memohon untuk stesen tersebut. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-7842-7118.