Ini ada gambar spy shots yang dikatakan model 308 sedan untuk pasaran China. Dari segi side profile memang ketara rekaannya sama dengan 308 namun bahagian depannya mendapat perubahan rekabentuk grill yang lebih garang.
Rekaan belakangnya juga mudah dengan lampu kombinasi berbentuk 3 segi. Kereta yang popular dengan model hatch di Eropah ini mungkin lebih sesuai jika ianya dalam bentuk sedan di jual di negara kita. Ini kerana orang Malaysia lebih cenderung kereta sedan. Model ini juga boleh menggantikan model 207 yang telah lama berada di pasaran.