Jenson Button yang memandu McLaren Mercedes telah memenangi GP Formula 1 Kanada yang penuh dramatik kerana hujan turun dengan lebat. Sebastian Vettel yang nampak akan memenangi perlumbaan tersebut terpaksa akur dengan tempat kedua apabila dia tergelincir di saat akhir perlumbaan seterusnya memberi ruang kepada Button untuk memintas. Mark Webber menduduki tempat ketiga manakala bekas juara dunia iaitu Micheal Schumacher menduduki tempat keempat, yang tertinggi dicapainya semenjak kembali ke Formula 1.
Perlumbaan dihentikan agak lama kerana litar menakung air menyebabkan kereta berpusing dan hampir tidak dapat disambung kerana litar yang digenangi air. Perlumbaan disambung semula dengan sebahagian besarnya di belakang kereta keselamatan dan apabila perlumbaan disambung semula, ketika itulah Vettel melakukan kesilapan untuk Button memintasnya.