Peugeot 308 yang dilancarkan pada hujung tahun 2007 bakal memperoleh model gantian pada hujung 2012 iaitu dalam masa setahun lagi. Dalam kebanyakan kes model Peugeot, model gantian baru biasa mendapat step up nombor model dari yang lama seperti model 308 sebelum ini juga. Model 308 adalah step up dari 307 dan mungkin model gantian 308 adalah 309 seperti yang digambarkan di atas.
Lakaran model gantian 308 nampak mempunyai garisan profile yang sama dengan model sedia ada. Model ini akan membawa penambahbaikan kepada model 308 yang kurang dari segi pemanduan dinamik seperti model Golf dan Focus. Sama-sama lah kita tunggu model baru ini diperkenalkan di negara kita nanti.