Model gantian Myvi dijangka akan memacu jualan Perodua kepada satu rekod baru kepada 195,000 unit tahun ini. Dengan rekaan dan aksesori yang lebih menarik, model ini pasti akan menjadi hit sekali lagi di pasaran negara kita.
Model ini mempunyai 5 varian iaitu 1.3l Standard (A/M), 1.3l Premium (A/M), 1.3l Elegance (A/M), 1.5l Special Edition (A/l) dan 1.5l Extreme (A/M). Model 1.5l hanya akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Harganya (untuk 1.3l sahaja) pula seperti di bawah:
RM44,926.00 (M) Standard
RM47,726.00 (M) Premium
RM54,908.00 (M) Elegance
RM47,926.00 (A) Standard
RM50,726.00 (A) Premium
RM57,908.00 (A) Elegance
Wang pendahuluan tempahan adalah RM400 sahaja dan anda boleh la kunjungi bilik pameran Perodua berdekatan untuk membuat tempahan atau untuk keterangan lebih lanjut.