Nissan Grand Livina facelift telah dilancarkan di Malaysia oleh pemasang dan pengedar rasmi mereka iaitu Tan Chong Motor. Model yang boleh dikatakan antara pemain utama kategori MPV di negara kita dengan rekaan yang simple tapi menarik dan penggunaan bahan api yang menjimatkan.
Hanya sedikit perubahan yang dilakukan pada facelift kali ini untuk bahagian luaran iaitu grill yang direka semula. Seperti model terdahulu, variannya dibezakan dengan kemasan chrome pada grilnya. Juga side mirror dengan LED side repeater untuk nampak lebih up to date.
Facelift kali ini menumpukan pada warna trim interiornya dengan perubahan dari warna cerah kepada lebih gelap. Ini amat dialu-alukan kerana warna cerah terlalu cepat kotor dengan iklim negara kita. Seperti juga model facelift yang dilancarkan di Indonesia, meter combinationnya mendapat warna background baru yang kontra dengan warna instrumen panel untuk nampak lebih sporty. Untuk model 1.8l pula, pembeli akan dapat trim kemasan kayu untuk nampak lebih mewah. Jika anda inginkan kerusi kulit berwarna coklat, anda perlu menambah RM2000 untuk semua varian atau pilih aksesori standard iaitu fabrik gelap untuk 1.6l dan kulit gelap untuk 1.8l.
Tiada perubahan pada powertrainnya dan ia masih menggunakan enjin semua alumunium HR16DE 1.6 litre (105 PS @ 5,200 rpm, 150 Nm @ 4,400 rpm) dan MR18DE 1.8 litre dengan CVTC (126 PS @ 5,200 rpm, 174 Nm @ 4,800 rpm) dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan untuk varian 1.6liter sahaja. Harga jualan termasuk insuran adalah RM86,800 untuk1.6 MT, RM89,800 untuk 1.6 AT dan RM98,800 untuk 1.8 AT