Nissan telah melancarkan model Grand Livina versi talaan Impul facelift sempena perlumbaan super GT seperti yang dilaporkan oleh star-motoring. Grand Livina Tuned By Impul ini mendapat brand logo dan aerokit rekaan baru tetapi admin rasa rekaan aerokit ini agak adventerous.
Suspensinya menggunakan suspensi Impul dengan ekzoz paip besi tahan karat dan rim Aura SX10-17 inci menambahkan lagi gaya sporty model Grand Livina ini. Model ini berharga RM10,500 lebih dari model standard untuk 1.6MT, 1.6AT dan 1.8CVTC. Model Grand Livina menggunakan teknologi terkini dengan EPS dan enjin semua aluminum untuk penjimatan minyak tahap optimum. Bagi admin, model 1.8l adalah alternatif terbaik untuk menggantikan model Wish 1.8l terpakai dari Jepun.