CUSCO dan Wall Paint Media telah bekerjasama menghasilkan Team Junior Rally CUSCO yang dijangka akan mengambil bahagian dalam kejohanan rali seluruh Jepun (kelas JN-3) tahun ini. Dengan bertujuan untuk membentuk pelumba yang akan menyertai rali berkenaan, CUSCO bertindak sebagai penyedia dan penyelenggara kereta rali manakala pihak Wall Paint Media bertindak sebagai promoter. Kereta Satria Neo ini dijual oleh pihak CUSCO di Jepun khas untuk kegunaan rali. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri pembikinan kereta Satria Neo CUSCO Junior Rally.