Model facelift Mazda Demio atau dikenali sebagai Mazda 2 di luar Jepun telah pun dilancarkan di negara matahari terbit itu. Facelift kali ini bukan sahaja memberi perubahan pada bahagian luaran juga penggunaan enjin baru Mazda iaitu 13-Skyactiv yang menurut Mazda memberikan penjimatan petrol terbaik pada kadar 30km/liter.
Mazda boleh mencapai penjimatan minyak begitu jauh kerana sistem suntikan bahan terus atau direct fuel injection dengan nisbah mampatan tertinggi di dunia pada 14.0:1 digabung dengan teknologi Mazda “i-stop” stop-start system.
Komen admin: Syabas kepada Mazda kerana berjaya membawa enjin kebuk pembakaran dalaman atau internal combustion engine kepada satu lagi tahap dengan penjimatan sehingga 30km/liter. Para bakal membeli mungkin akan dapat membeli kereta yang begitu jimat ini jika pengedar Mazda membawa masuk kereta ini ke negara kita.