Proton Persona R, model yang akan menggantikan model Persona sekarang dan juga model global pertama Proton dijumpai sedang diuji di trek ujian Proton oleh cbt.com.my ketika sesi media Saga FLX.
Masih banyak tape yang dilekat pada badan Persona R ini dan nampak rekaan yang biasa sahaja. Namun rekaannya mungkin secantik model konsepnya iaitu Proton Aspire atau Tuah.
Persona R bakal dikeluarkan oleh Proton pada awal 2012 dengan ciri2 menarik seperti enjin VVT turbocharged, kotak gear CVT, ciri keselamatan dengan ABS, EBD, ESP, TC dan banyak lagi. Tak sabar menantikan kemunculan kereta terhebat Proton ini.