Anak syarikat Proton iaitu Lotus dilihat akan melancarkan satu model facelift untuk model Exige. Menurut sumber, facelift kali ini nampal lebih besar dan panjang seperti model Evora. Ianya juga mungkin menerima penambahbaikan pada enjin dan mungkin sama seperti yang digunakan oleh Evora.
Lotus yang kini sedang membangunkan model baru Esprit dan kereta bandar Ethos dilihat sedang menuju perubahan di bawah pelan 5 tahun syarikat itu. Diharapkan agar Lotus dapat mula memberi keuntungan kepada Proton.