Spy shots model terbaru Proton dengan kod nama P3-21A atau Persona R telah ditemui oleh blog paultan.org sedang berkonvoi dengan Exora yang sedang diuji menggunakan enjin turbocharged terbaru Proton. Kereta ini masih lagi mempunyai tape yang tebal jadi sukar bagi kita mengagak body line dan styling cues sebenarnya namun kita dapat perhatikan kereta ini agak besar dari segi wheelhousenya yang boleh menempatkan rim dari Inspira. Mungin juga kereta ini masih belum menggunakan part plastiknya 100% kerana admin rasa side mirror adalah dari Persona elegance. Diharap Proton tidak carry over Persona Elegance punya side mirror kerana tidak mempunyai perumah untuk auto retractable motor.
Bahagian belakangnya pula sedikit berbeza dengan spy shots sebelum kerana nampak lampu LED seperti Persona Elegance digunakan. Apakah ianya juga bukan lampu sebenar dan hanya menggunakan lampu Persona Elegance untuk kereta ujian? Tak banyak boleh dikatakan dengan spy shots seperti ini. Admin harap Proton tidak lagi mengeluarkan kereta dengan spec separuh masak dan harap kereta ini keluar dengan spec global pada harga yang berpatutan.
Sementara itu untuk Exora turbo pula, bumper hadapan dan bumper belakang mengalami sedikit perubahan dengan bahagian hadapan menempatkan rongga udara untuk sistem penyejukan enjin turbo manakala skirting lebih menarik ditambah pada bahagian belakang. Admin cadangkan bahagian garnish pintu belakang dipendekkan dan hanya sama dengan licence plate kerana yang sekarang ni nampak terlalu besar. Pasti hebat Exora dengan enjin turbo jika harganya jualannya berpatutan.