Adakah ini rupa sebenar model Persona R yang sebelum ini banyak kita lihat spy shotsnya? Menurut sumber, gambar ini ditunjukkan oleh Proton ketika AGM baru-baru ini dan ini adalah illustrasi terhampir mengenai model berkenaan. Model ini menggunakan penanda aras atau benchmark model terbaik dalam pasaran untuk kelasnya dan mampu bersaing dari segi prestasi, kecekapan bahan api, kawalan, ruang kabin dan ruang bagasi. Kereta ini juga bakal menggunakan traction control dimajukan oleh syarikat Bosch. Model ini akan dilancarkan pada March tahun depan. Bagaimana pendapat anda mengenai rekaan ini?
Sumber: cbt.com.my