Perodua akan melancarkan model Myvi SE serentak dengan pelancaran model Myvi Extreme 1.5. Myvi SE kini tidak lagi berenjin 1.3 tetapi berenjin 1.5liter. Dengan perbezaan dengan model Extreme dari segi pakej skirting aerodinamik dan juga kemasan dalamannya.
Myvi SE ini boleh dibeli dengan harga bermula RM50,900 hingga RM56,500 untuk varian teratas. Mampukah Myvi SE 1.5 ini meneruskan kecemerlangan model sebelum ini yang ternyata menambat hati rakyat Malaysia untuk menjadi penggerak rakyat nombor satu terima kasih kepada tahap kualiti yang tinggi dan ciri-ciri yang menarik. Apa pendapat anda?