Seorang pembaca blog ini telah memperoleh info mengenai Model kerjasama antara Proton melalui Lotus Engineering dan Youngman iaitu Europestar L5 telah melakukan satu aksi stunt yang mungkin kita tidak dapat fikirkan sebelum ini. Model ini menggunakan enjin Campro CPS 1.6 dengan kuasa 125hp dan 150Nm tork. Admin terfikir bolehkah sebuah kereta melakukan aksi sebegini?
Apa yang lebih menakjubkan, kereta ini telah memecahkan rekod dunia Guiness untuk ‘highest loop-the-loop pada ketinggian 26 meter untuk kereta. Bagaimana hebat? Kita harus berbangga kerana kereta ini juga adalah hasil kejuruteraan anak tempatan dan juga syarikat Lotus. Proton juga boleh redesign kereta ini dan menjualnya di pasaran negara kita.