Anak syarikat Proton, Lotus akan mempamerkan 3 model pada pameran motor Frankfurt yang akan diadakan bulan depan sebagai tambahan kepada model Lotus Evora GTE versi produksi (gambar). Berkemungkinan ia adalah versi facelift untuk model Elise, Exige atau Europa kerana model baru Elise sedang dalam pembikinan. Sebelum ini blog ini juga ada membuat entri mengenai model facelift Exige yang dikatakan menyerupai Evora. Mungkin juga model pra produksi untuk kereta bandar yang dipanggil Ethos.