Anak syarikat Proton, Lotus telah melancarkan model Evora GTE yang pelancaran rasminya akan diadakan pada pameran motor Frankfurt bulan hadapan. Dengan kuasa 420hp dari enjin Toyota 3.5l dan berat kurang 105kg dari model standard, ianya memang amat pantas.
Styling hadapannya meyerupai model konsep yang dipamerkan sebelum ini terutamanya pada bahagian bumper depan dan belakang. Menurut sumber lagi, kereta ini hanya dikeluarkan 25 unit sahaja namun permintaan yang tinggi menyebabkan mereka menambah pengeluarannya.
Sumber: autoexpress