Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama admin tidak mengupdate blog ini kerana sibuk dengan ziarah hari raya. Baru-baru ini admin ada menerima satu gambar dari seorang pembaca iaitu gambar yang dipercayai model gantian Elantra atau Avante di Putrajaya tanpa selindung. Model ini dijangka dilancarkan di negara kita pada suku keempat tahun yang mana sudah hampir tiba.
Model ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada Honda Civic dan Toyota Altis bakal menggunakan enjin 1.6l dan 1.8l dengan kotak gear 6 kelajuan automatik. Bentuknya yang menarik dikatakan mampu bersaing dengan 2 jaguh dari Jepun itu. Model ini juga lebih lebar dan asas rodanya sama dengan Civic menandakan ruang dalaman yang luas dan selesa.
Rekaan instrumen panel dan juga stereng amat menarik dan setaraf dengan model Hyundai yang lain seperti model Sonata. Admin harap harganya juga akan lebih murah berbanding model lain sekelasnya.
*UPDATE:
Kereta di atas adalah Hyundai Accent dan bukannya Elantra. Maaf atas kesilapan ini.Nampaknya pihak Hyundai Sime Darby akan melancarkan model Accent lebih awal dari Elantra. Rujuk: