Model gantian Forte yang akan dilancarkan pada tahun 2013 sedang berada dalam ujian berdasarkan gambar spy shot di suatu kawasan gurun di atas. Lampu depannya berlainan dengan tambahan LED daytime running light. Forte yang dijual di negara kita atas jenama NAZA memang agak laris terima kasih kerana bentuknya yang menarik.
Side profilenya masih lagi mengekalkan lengkuk Forte sekarang dan ada pertambahan corner glass. Nampak ia menyerupai Honda Civic. Side mirrornya juga direka semula dengan rekaan lebih menarik. Secara keseluruhanya masih mengekalkan styling cues model sekarang namun admin tidak pasti apa yang ada dibawah cover pada body Forte model baru ini.
Dari segi rekaan dalamannya pula belum ada gambar sebenar namun dari sumber internet telah menjumpai gambar modelling interior Forte baru ini. Nampak menarik dan sekali lagi ianya mirip interior Honda Civic. Apa pun kita harap model ini lebih menarik dari model sedia ada sekarang dengan enjin turbocharged dan ciri-ciri aksesori yang tiada tandingan.