Pasukan polis menerima prototaip kereta MPV Interceptor jenis Toyota Camry 2.4 untuk pengawasan dari Syarikat SGT Power Sdn Bhd di Bukit Aman.
Sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.
Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.
Sumber: PDRM