Proton Exora Turbo ditemui sedang diuji di Genting Highland oleh pembaca blog funtastickodesign di hari raya. Nampaknya Proton bertungkus lumus menyiapkan model ini sampai sanggup tidak bercuti raya hehe. Model ini memang amat diperlukan untuk menaikkan kembali jualan Exora yang kini jatuh berbanding Perodua Alza yang kini melebihi 3000 unit sebulan. Bagi admin, Proton tidak perlu menunggu untuk varian facelift untuk memberikan spesifikasi terbaik seperti stereng kemasan kulit, auto retractable mirror, bodykit atau tona warna interiornya jika mahu menjadi global. Lupakan sahaja marketing lapuk kerana ianya hanya menghampakan pembeli terdahulu. Retaining loyal buyer is better and far cheaper than getting new buyer. Apa pun tahniah kepada Proton kerana membawa teknologi baru pada Exora ini.