Perdana Menteri hari ini mengumumkan pengekalan pengecualian cukai pada kereta hibrid sehingga 31 Disember 2013. Satu berita yang baik dan inilah masanya pembeli membuat keputusan untuk memiliki kereta yang menjimatkan dan mesra alam.
Keputusan itu disambut baik oleh Honda Malaysia dan UMW Toyota Motor yang masing-masing mempunyai model hibrid. Insight merupakan model hibrid paling popular ketika ini terima kasih kepada harganya yang dibawah paras RM100 ribu manakala Prius kekal model yang paling menjimatkan dengan penggunaan petrol mencecah 40km/l.