Umum mengetahui kerajaan Malaysia mengenakan cukai kenderaan antara yang paling tinggi di dunia. Berikut adalah satu pendedahan oleh blog cursingmalay mengenai harga declaration dalam bentuk CIF kereta import pada tahun 2006.
Agak sukar untuk dipercayai juga kerana harga yang terlalu rendah namun adakah harga kereta ini sememangnya begitu? Jika benar, apakah malang nasib rakyat Malaysia yang berpendapatan tidak seberapa tetapi terpaksa membeli kereta dengan harga yang mahal dan hutang yang teramat panjang tempohnya. Sebelum ini juga admin ada membuat entri post mengenai harga kereta yang akan dinikmati warga asing yang mahu menyertai program MM2H. Kita mahukan kerajaan memikirkan akan hal ini kerana sememangnya keadaan kini amat membebankan.