Kereta sport terbaru Toyota dengan kod nama FT-86 sudah semakin hampir dengan pelancarannya iaitu di Tokyo Motor Show yang akan diadakan pada hujung bulan ini. Gambar ini menunjukkan bagaimana rupa sebenar kereta sport Toyota ini. Bentuknya lebih menarik berbanding kereta sport keluaran syarikat itu sebelum-sebelum ini. Sekali imbas ada juga kelihatan seperti Nissan Fairlady atau Hyundai Veloster.
Model ini dikatakan juga akan disalin atau rebadge oleh Subaru yang mana Toyota mempunyai saham minoriti dalam syarikat pembuat kereta itu. Enjinnya bakal mempunyai 1 varian sahaja dan menggunakan enjin 2.0 liter yang disumber dari Subaru. Ia akan menggunakan kotak gear manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan. Kereta ini mungkin dibuat oleh Toyota untuk bersaing dengan Hyundai yang sudah melancarkan model Veloster dengan pelbagai enjin dan pilihan trim.