Ini ada beberapa gambar spy shots model terbaru Proton iaitu Persona R (P3-21A) dan Saga SE yang telah diambil oleh pembaca blog funtastickodesign. Persona R kini telahpun berkurangan pelekat hitam pada badannya dan nampak sedikit bentuk side profilenya. Pada admin memang besar Persona R ini jika dilihat dari panjang tempat duduk belakangnya.
Lampu belakangnya masih lagi bertampal pelekat. Susah kita mahu mengagak rekaannya namun kita harap semua menggunakan LED termasuklah lampu signal dan undur. Lepas ini mungkin kita dah boleh lihat model ini diuji dengan pelekat yang sangat kurang kerana ianya sudah begitu hampir dengan pengeluaran besar-besaran.
Satu lagi spy shots ialah model Saga yang dipercayai versi SE berdasarkan skirting depan dan sisi baru. Ianya juga berwarna merah api, sama seperti model R3 Satria Neo. Mungkin model ini menggunakan enjin 1.6l dengan kotak gear CVT. Jika benar, pasti berbaloi untuk menunggu pelancaran model ini. Jika anda mempunyai gambar spy shots menarik, sudilah berkongsi dengan admin di blog ini.