Lotus telah melancarkan model Evora edisi F1 terhad 3 unit sahaja. Ianya dicat dengan warna hitam dengan belang emas sama seperti kereta F1 pasukan Lotus Renault GP ketika ini.
Lotus Evora S edisi ini hanya akan dikeluarkan 3 unit sahaja menggunakan rim 19 inci pada bahagian depan dan 20 inci pada bahagian belakang. Interiornya banyak menggunakan kemasan kulit dengan stitching merah.
Lotus Evora ini menggunakan enjin supercharged Toyota menghasilkan kuasa sebanyak 350hp dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan. Harganya pula adalah GBP 7500 lebih mahal dari versi standard.
Komen admin: Lotus sememangnya memerlukan model edisi terhad begini untuk mempromosikan jenamanya seterusnya membantu meningkatka jualan kereta mereka. Evora mempunyai rekaan yang cukup menarik namun ketiadaan versi automatik sedikit sebanyak menjauhkan pembeli berpotensi untuk membeli kereta tersebut.