ETCM telah melancarkan model Nissan Latio facelift di negara kita. Namun agak mengejutkan apabila hanya 2 varian sahaja yang ditawarkan berbanding 4 sebelum ini. Model sedan hanya ditawarkan untuk enjin 1.6l dengan kotak gear automatik 4 kelajuan sahaja manakala model hatch hanya ditawarkan dengan enjin 1.8l sahaja namun terdapat varian automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan.
Tidak banyak perubahan pada model sedan seperti perubahan pada warna latar belakang meter combination. Interiornya masih mengekalkan tona warna beige yang admin rasa kurang sesuai dengan iklim negara kita. Admin rasa Latio Sedan di Singapura lebih menarik dengan banyak aksesori tambahan seperti side mirror dengan side repeater dan rekaan rim yang lebih menarik.
Model hatch pula mempunyai rekaan dalaman dengan skema warna yang gelap dan seat fabrik yang lebih sporty. Bagi admin, sepatutnya ETCM lebih menumpukan facelift kepada model sedan berbanding dengan hatch kerana rakyat Malaysia lebih meminati sedan berbanding hatch.
Model serba baru Latio atau dikenali sebagai Tiida di Jepun sudah pun dilancarkan (gambar atas) dengan perubahan drastik pada rekaannya daripada bersegi sebelum ini kepada lebih aerodinamik. Bagi admin, model Latio adalah yang terbaik dalam segmennya dengan ruang dalaman yang luas. Ruang kakinya juga amat menakjubkan. Bagi admin sepatutnya facelift kali ini lebih menumpukan pada penambahbaikan transmision seperti menggunakan sistem transmisi X-tronic CVT untuk lebih penjimatan bahanapi. Untuk harga dan keterangan lanjut model facelift Nissan ini, sila layari web http://www.nissan.com.my