Proton P3-21A atau Persona R ditemui sedang diuji bersama sebuah Vauxhall Astra Turbo oleh blog.galvintan.com di lebuhraya Plus. Memang kedua-dua kereta ini dipandu dengan laju. Admin terfikir bagaimana gambar ini diambil pada kelajuan setinggi itu.
Vauxhall Astra Turbo ini mungkin juga benchmark kepada Persona R ini kerana Persona R juga akan menggunakan enjin Campro dengan pengecas turbo yang pertama kali akan membuat kemunculannya dengan model Exora pada bulan depan.
Walaupun belum kelihatan rupa sebenar Persona R, pastinya ianya sebuah kereta yang ditunggu oleh rakyat Malaysia dan spesifikasinya menarik seperti Kia Forte dan harganya yang berpatutan, pastinya berbaloi untuk ditunggu.