Proton Satria S2000 menempuhi pelbagai dugaan apabila kereta yang dipandu Atkinson mengalami masalah enjin manakala Alistair McRae mengalami dua kali kebocoran tayar. Namun McRae masih berjaya menduduki tempat ke 4 keseluruhan pada pusingan pertama. Chris Atkinson gagal meneruskan perlumbaan dan tidak berada dalam senarai permulaan untuk pusingan ke2.
Kita harapkan Alistair tidak mempunyai masalah dalam pusingan kedua dan dapat memenangi ralli Hokkaido seterusnya membolehkan Proton menggondol kejuaraan bahagian pengeluar dan Atkinson menjuarai bahagian pemandu. Proton kini mendahului kutipan mata bahagian pengeluar dan Alistair menduduki tempat kedua bahagian pemandu.