Proton Exora turbo ditemui lagi kini dengan spy shots yang lebih detail untuk rekaan luaran dan dalaman oleh pembaca blog funtastickodesign iaitu saudara Chor. Jelas kelihatan rekabentuk hadapannya dengan rekaan gril dan bumper yang baru. Rongga penyejukan enjin turbonya juga jelas dengan corak honeycomb. Lampu headlampnya juga mungkin ada perubahan dari segi background namun masih menggunakan reflektor.
Bahagian belakangnya pula kelihatan lampu rear combi jenis ‘smoked’ dan juga skirting belakang baru dengan reflektor. Rim juga mendapat rekaan baru namun bagi admin rim Exora MC masih lebih cantik. Model dan enjin nameplate masih lagi dilindungi tape. Apa agaknya nama yang akan digunakan Exora ini nanti? Exora FL? Exora Turbo? CPS ganti dengan CFE?
Interiornya pula kelihatan steering menggunakan balutan kulit dan door trim dengan kulit 2 tona warna. Kerusinya begitu juga dengan warna hitam dan coklat. Exora ini dikatakan akan dilancarkan pada bulan ini namun Proton masih berahsia mengenai tarikhnya.