UMW Toyota Motor sedang mengadakan pameran di Mydin MITC Ayer Keroh, Melaka. Bagi mereka yang berdekatan, boleh lah mengunjungi pameran ini untuk melihat lebih dekat kereta-kereta Toyota yang dipamerkan. Terdapat 2 model facelift terbaru Toyota iaitu model Vios G Limited dan Innova facelift.
Juga dipamerkan model ‘flagship’ Toyota iaitu Prius. Model yang melambangkan ketinggian teknologi Toyota dalam bidang automotif ini mampu bergerak sejauh 40km dengan seliter petrol. Datanglah beramai-ramai ke Mydin MITC Ayer Keroh dan lihatlah kereta Toyota yang anda berkenan.