Proton Exora Turbo sudah siap dihantar di kilang Proton Shah Alam. Nampak design kali ini menyerupai model MPV popular Jepun iaitu Mazda 5. Menurut sumber, model ini dinamakan Exora Bold dan akan mempunyai beberapa varian termasuklah versi prime. Model ini akan menggunakan enjin Campro Fuel Efficient (CFE) turbocharged dengan VVT dan juga kotak gear CVT. Mungkinkah pelancarannya esok? Sama-sama kita tunggu.
*Menurut sumber, Exora Turbo akan dilancarkan pada 15 Disember.