Proton Exora telah memenangi 2 anugerah di kejohanan perlumbaan kereta hijau RAC Future Car Challenge di UK. Anugerah itu adalah untuk kategori Best Overall Extender Range/Plugin Hybrid dan Most Efficient Multi Purpose Car. Ini satu kejayaan lebih baik dari tahun lepas yang mana hanya 1 anugerah sahaja yang berjaya dimenangi.
Proton tahun ini menampilkan 3 model iaitu Saga EV, Persona REEV dan Exora REEV. Tahniah kepada pasukan Proton kerana kejayaan yang amat hebat ini. Teruskan usaha gigih anda semua.
Sumber: thesundaily